TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Thursday, February 26, 2015

PERTANDINGAN KLIP VIDEO DAPAT SAMBUTAN HANGAT MICHAELIANS (ANOTHER SCHOOL PROJECT WITH PTA)

Ipoh, Khamis: 26/2/15 = 7 Jamadil Awal 1436

...
peserta berjumpa penyelaras pertandingan,
Puan Syafinazaida binti Abdul Wahab

...

...

Monday, February 16, 2015

PELANCARAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH (CREATING THE MOOD OF CELEBRATION)

Ipoh, Isnin: 16.2.15 = 26 Rabiul Akhir 1436

Musim perayaan datang lagi. Kali ini masyarakat Cina merayakan sambutan tahun baru yang dijangka bermula dengan majlis makan besar pada petang Rabu ini. Kebanyakan sekolah akan mula bercuti pada hari Selasa (esok) sehingga Ahad, 22 Februari.
SMK St. Michael, Ipoh (SMI) tidak ketinggalan memeriahkan suasana. Pelancaran dilakukan oleh Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim, Penolong Kanan yang kini menanggung tugas pengetua. Beliau memalu gendang Cina sebagai gimik dan simbolik.
Acara ringkas semasa slot perhimpunan mingguan pagi itu diteruskan dengan persembahan gendang kumpulan wusyu. Mereka melakukan beberapa formasi paluan. Khalayak kelihatan terhibur.
Sambutan tahun baru Cina dilengkapkan dengan edaran buah limau mandarin. Pengawas pusat sumber kelihatan mengangkat kotak dan bergerak ke arah kumpulan murid yang duduk. Proses memupuk persafahaman dalam kalangan murid pelbagai latar belakang di SMI menepati konsep pembelajaran dan pemupukan jati diri.

Friday, February 6, 2015

MAJLIS PERSARAAN PUAN LOH WEI SENG (PRECIOUS MOMENTS WITH EXCELLENCE PRINCIPAL OF SMI)

Jumaat, 6/2/15 = 16 Rabiul Akhir 1436

Jika 41 tahun yang lalu, SMK St. Michael, Ipoh (SMI) ditinggalkan dengan status calon HSC tingkatan 6, hari ini Puan Loh Wei Seng mengucapkan selamat tinggal SMI sebagai pengetua cemerlang gred DG 54. Beliau bersara wajib pada tanggal 8 Februari 2015 setelah memimpin SMI selama tiga tahun setengah dengan bergaya. Puan Loh Wei Seng merupakan pegawai kanan awam yang telah mengikuti lebih daripada 70 kursus kepimpinan pendidikan bagi membolehkan beliau berhadapan dengan persekitaran sekolah yang berbeza-beza.
Majlis persaraan rasmi Puan Loh dibahagikan kepada segmen bersama Michaelian di tapak perhimpunan, serta segmen bersama warga pendidik di dalam dewan sekolah. Selain itu, beliau telah diraikan oleh warga sekolah sesi petang pada hari Rabu yang lalu. Pada malam ini pula, satu jamuan perpisahan khas anjuran PIBG dan persatuan bekas pelajar (OMA) diadakan di Hotel Syuen, Ipoh.
Setelah diarak masuk oleh pasukan kompang dan bunga manggar, Puan Loh Wei Seng memeriksa perbarisan kehormat pasukan pakaian seragam sekolah. Ketua pelajar SMI, Lee Hong Lam dari UA3 telah memberi ucapan penghargaan yang penuh semangat. Lee Hong Lam mahu semua Michaelian mencontohi pencapaian Puan Loh sejak beliau bergelar pelajar SMI lagi.
Antara persembahan terbuka ialah gandingan pasukan wushu dan silat secara sekali gus. Sekumpulan bekas pelajar pula mempersembahkan tarian naga. Pasukan pancaragam militari sekolah turut memeriahkan suasana majlis dengan beberapa buah lagu sebelum upacara penyampaian hadiah kenang-kenangan daripada pelbagai kumpulan pelajar.
Acara dalam dewan bermula dengan doa oleh Mohd Sirrishuti bin Roslan, 5S1, diikuti oleh Simon Michael dari UA2. Ucapan penghargaan dimulakan oleh Encik Ahmad Kemunchak Bin Abdul Karim, Penolong Kanan SMI siap dengan gurindam khas. Turut memberi ucapan ialah Encik Joseph Michael Lee (PIBG), Tan Sri Lee Oi Hian (BOG), Bro. Anthony Rodger (La Salle Education Malaysia) dan Tuan Haji Zulkurnaini bin Hussin, Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.
bersama suami tercinta, Encik Ho Che Tan

Puan Loh ditemani suami dan anak lelaki kedua mereka. Pada jamuan penghargaan di Hotel Syuen sebelah malamnya, kedua-dua anak perempuan dan menantu sulung dijangka sempat hadir bersama. Sokongan padu keluarga, rakan dan subordinat merupakan kunci kejayaan seseorang pemimpin sekolah seperti beliau.
sijil penghargaan persaraan disampaikan oleh Timbalan Pengarah
Jabatan Pendidikan Perak, Tuan Haji Zulkurnaini bin Hussin

Tuan Haji Zulkurnaini dalam ucapannya menyebut bahawa persaraan seorang pegawai kanan pendidikan memang termasuk dalam tatacara operasi piawai, S.O.P. Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berasa kagum dengan kerjasama dalam semua pihak berkepentingan (stake-holders) di SMI. Hadir sama ialah Encik Abdul Manaf bin Asmuni, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara.
rakan pengetua dari seluruh Kinta Utara turut hadir

Sementara itu hampir 30 orang pengetua daerah Kinta Utara hadir secara peribadi untuk bersua muka dengan Puan Loh Wei Seng dan Tuan Haji Zulkurnaini. Kesempatan bertemu membolehkan para pengetua bertanya khabar sesama sendiri dan bertukar-tukar maklumat terkini. Mereka berada di SMI selama tiga jam sehingga majlis bersurai.
potret catan minyak daripada Cikgu Adi Yusri bin Yem

Hadiah kenangan memiliki nilai sentimental yang tersendiri. Tidak semua hadiah dapat disimpan dalam tempoh yang lama, tetapi boleh disimpan secara digital. Namun, hadiah seperti di atas karya Cikgu Adi melambangkan keakraban Puan Loh dengan warga SMI terpahat dalam tinta sejarah sekolah.
lambaian kasih buat Michaelian

Majlis dikendalikan secara dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sama ada ucapan atau pengacaraan. SMI meletakkan pencapaian bahasa Inggeris dalam bidang kurikulum dan koakademik sebagai penanda aras kebitaraan sekolah (niche area). Persembahan orkestra Cina SMI dan nyanyian duet In This Moment pasti menjelma dalam ingatan Puan Loh setiap kali terkenang majlis yang gilang-gemilang yang sudah pun menjadi sejarah itu ...