Ipoh, Jumaat: 25.5.12 = 4 Rejab 1433
Sambutan hari guru peringkat sekolah dilangsungkan usai peperiksaan pertengahan tahun, dan kebetulan jatuh pada hari akhir persekolahan sebelum cuti dua minggu. Upacara bermula dengan ucapan ketua pelajar, Joshua Loo dan Penolong Kanan, Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim. Walaupun bersifat klise, sanjungan terhadap jasa kaum guru ialah tatasusila asas generasi muda yang budiman.
kek 3 tingkat
Acara simbolik seterusnya ialah memotong kek. Kalau acara di kampung, mungkin dengan pulut kuning dan bunga telur. Tarikh hari guru di Malaysia bersempena kelulusan Penyata Razak pada tahun 1956.
cikgu ikut saya
Di SMK St. Michael, Ipoh (SMI) segmen hari guru bersama murid dikendalikan oleh Majlis Pelajar (Tingkatan 6) dan Badan Pengawas Sekolah. Program berlangsung hampir dua jam di tapak perhimpunan sekolah. Alhamdulillah, cuaca begitu baik.
saya dapat dulu la!
Guru-guru SMI tidak kisah jika harus akur kepada peraturan permainan yang ditetapkan oleh pelajar pada hari mereka diraikan. Malah, pada hari guru, pelajar yang berlagak sebagai superior. Setiap guru yang mengambil bahagian menerima hadiah walaupun tidak menang dalam acara pertandingan.
persembahan wushu
Persembahan pelajar juga mencuri perhatian para guru dan sekalian yang hadir. Sungguh menakjubkan bahawa dengan persediaan seadanya, pelajar mampu menampilkan persembahan terbaik. Pasukan pancaragam sekolah, kumpulan Wushu, tarian singa, kumpulan trio kambing dan Michaelian Jackson pantas mendapat tepukan gemuruh khalayak.
jamuan di dewan sekolah
Acara sambutan berhenti rehat dan sesi pembelajaran di bilik darjah bersambung semula. Kira-kira pukul 11.30 pagi, guru-guru SMI berkumpul di dewan untuk menikmati jamuan khas hari guru. Majlis penghargaan kepada panitia cemerlang mata pelajaran turut diselitkan...