pendidikan jendela kecemerlangan insan... smk st michael, 30000 ipoh, perak ~~~~~~~~ tel: 05-2540418 ulang tahun penubuhan 100 tahun = 2012
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI
Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.
Atau e-mel: amrinajr@gmail.com
(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Minal 'a 'idin wal fa idhin
Kullu am wa antum bi khair
Maaf Zahir dan Batin
Friday, January 17, 2014
Wednesday, January 15, 2014
KEHADIRAN PENUH MICHAELIAN DIIKTIRAF (NEVER MISSED A SINGLE DAY OF SCHOOL 2013)
Ipoh, Isnin: 13/1/14 = 11 rabiul Awwal 1435
Bukan mudah untuk mencatat rekod kedatangan 100 peratus sama ada dalam kalangan pelajar atau guru di sekolah. Ada-ada sahaja urusan yang memerlukan mereka berada di luar kawasan sekolah dalam tempoh pembelajaran rasmi. Misalnya, cuti sakit, urusan ujian memandu, majlis keluarga dan kecemasan.
gaya seorang murid tingkatan 3 setelah menerima sijil
SMK St. Michael, Ipoh (SMI) telah mengadakan majlis penyampaian sijil kehadiran penuh kepada sejumlah 140 orang pelajar sesi pagi. Pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas tahun 2013 bakal menerima sijil pada hari mereka mengambil slip peperiksaan SPM dan STPM. Tujuan pemberian sijil ialah sebagai dorongan kepada pelajar yang terbabit dan rakan yang lain untuk mencontohi amalan yang sama.
Sijil kehadiran penuh akan menambah nilai terhadap pencapaian akademik dan kokurikulum yang lain. Penerima sijil dijangka memiliki kelebihan dari segi permohonan pembiayaan pengajian dan pekerjaan. Mereka sudah terbiasa dengan kehadiran penuh dan berasa janggal untuk mengambil cuti tanpa alasan yang benar-benar kukuh ...
Monday, January 6, 2014
PELANCARAN TEMA SMI 2014 (ONWARD MICHAELIANS UNITED AND TRUE)
Ipoh, Isnin: 6.12.2014 / 4 Rabiul Awwal 1435
Kesinambungan tema sekolah pada tahun lepas jelas terserlah apabila keseluruhan ayat tema berkenaan dikekalkan kecuali perkataan 'valiant' digantikan dengan 'united'. Pelancaran tema berlangsung dalam upacara ringkas semasa perhimpunan mingguan pertama persekolahan di tapak perhimpunan pagi tadi. Pengukuhan semangat kerjasama, permuafakatan dan perpaduan yang sudah disemai sejak penubuhan sekolah lebih 100 tahun yang lalu diharapkan dapat membawa SMI ke mercu jaya yang lebih tinggi.
klik gambar untuk paparan penuh
Tema berkenaan membawa maksud 'Michaelian Maju Bersatu dan Benar'. Penjelasan tema sebagaimana dalam kain rentang ialah 'Sebagai Michaelian, kami berasa kuat apabila kami bersatu dan benar (tulus, ikhlas, jujur). Bersatu membawa erti kami tidak bersendirian, sebaliknya kami bergandingan bersama. Kami belajar di dalam kelas dengan memastikan tiada rakan yang tercicir atau ketinggalan. Untuk mengukuhkan semangat kelas, kami memastikan setiap orang dihargai sebagai anggota kumpulan kami. Menerusi cara ini, kami bukan sahaja BERSATU, tetapi juga BENAR, benar terhadap diri sendiri dan benar antara satu dengan yang lain.'
Dengan membuang segala tingkah laku yang hanya mementingkan diri dan agresif, Michaelian diharapkan sentiasa berpegang kepada amalan nilai murni, sekali gus muncul sebagai insan budiman yang asertif. Tema berkenaan sangat bertepatan dengan matlamat asal penubuhan sekolah yang menawarkan persekitaran pembelajaran inklusif, iaitu membantu murid yang terbelakang, kekurangan dan tidak berdaya (to cater for the last, the least and the lost). Tema kali ini juga mengambil semangat daripada lirik lagu sekolah ...
Friday, January 3, 2014
CIKGU NUR AZIZAN, CIKGU NOR AZLINA BERSARA (MISSING THE INSPIRING COLLEGUES)
Ipoh, Jumaat: 3/1/14 = 1 Rabiul Awwal 1435
Puan Hajjah Nurazizan binti Haji Mohamed Razalli menyimpan kenangan indah perkhidmatan keguruan di SMK St. Michael, Ipoh (SMI) selama hampir 32 tahun lamanya. Beliau yang memiliki kelayakan akademik daripada Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan kelayakan ikhtisas daripada Maktab Perguruan Teknik, Cheras pernah bertugas di sebuah sekolah di negeri Perlis Indera Kayangan. Puan Nor Azlina binti Mohamed Lop yang berkelulusan B.Sc (Hons) daripada University of Leeds, UK hanya sempat bertugas di SMI, sekolah ke-10 beliau selama setahun.
pengetua menyambut Cikgu Nor Azlina dan Cikgu Nurazizan
Majlis persaraan bermula dengan perarakan masuk kedua-dua orang guru di laluan pejalan kaki. Turut hadir ialah Bro. Dato' Vincent Cockery dan Encik Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG. Acara diserikan dengan paluan kompang dan iringan bunga manggar.
kemesraan dan perasaan pilu
Seperti biasa, majlis di pentas perhimpunan sekolah bermula dengan ucapan penghargaan oleh pengetua, dan seterusnya ucapan perpisahan guru yang bakal bersara. Ungkapan kenangan dan kata-kata inspirasi dilontarkan oleh Cikgu Nurazizan dan Cikgu Nor Azlina. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata.
hadiah peribadi untuk guru kesayangan
Cikgu Norazizan dikenali sebagai moderator tingkatan 3
dan sebagai guru kemahiran hidup bersepadu
Usai acara pentas, semua guru dan murid beratur panjang untuk mengucapkan selamat bersara kepada kedua-dua insan pendidik yang begitu berjasa di SMI. Betapa warga SMI kehilangan dua orang guru yang sangat berpengalaman secara serentak pada hari kedua persekolahan tahun 2014. Namun, sudah pasti Cikgu Nurazizan dan Cikgu Nor Azlina mempunyai perancangan bersama keluarga dan teman di kawasan kejiranan.
naik Ixora Cikgu Ibrahim
Sebagai simbolik, kedua-dua orang guru diberi penghormatan menaiki kenderaan nasional, Proton Ixora milik Cikgu Ibrahim. Sudah pasti SMI sentiasa mengalu-alukan kunjungan Cikgu Nurazizan dan Cikgu Nor Azlina berjumpa sahabat dan murid pada bila-bila masa. Hakikatnya, mereka memilih persaraan awal daripada usia 60 tahun justeru mahu menikmati masa berkualiti di rumah dan mungkin juga meneruskan bakti pendidikan dalam bentuk yang berbeza.
hadiah Jappim untuk Puan Nor Azlina
Dalam majlis yang berasingan di bilik guru, Jawatankuasa Pelaksanaan Program Pendidikan Islam SMI (Jappim) turut menghargai sumbangan kedua-dua orang guru. Setiausaha Jappim, Ustaz Suhaimi telah sudi memberikan ucapan ringkas dan seterusnya menyampaikan hadiah bagi pihak guru-guru Islam. Selamat bersara Puan Hajjah Nurazizan binti Mohamed Razalli dan Puan Nor Azlina binti Mohamed Lop ...
Thursday, January 2, 2014
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014 DI SMI (MICHAELIAN UNITED)
Ipoh, Khamis: 2/1/14 = 30 safar 1435
Banyak cerita hendak dikongsikan bersama kawan-kawan setelah agak lama tidak bersua muka walaupun komunikasi maya menerusi laman sembang sosial facebook tidak pernah berhenti. Masing-masing juga ingin melihat perubahan fizikal rakan yang sedang meniti usia remaja. Murid yang baharu masuk sekolah pula sibuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang berbeza dengan sebelumnya.
Kira-kira 95 peratus Michaelian ialah murid lelaki, kecuali pelajar perempuan pengajian prauniversiti tingkatan enam. Mereka cukup bertenaga sama ada dari segi pergerakan fizikal mahupun kelantangan suara. Namun, iklim sekolah (sistem rasa) di SMK St. Michael, Ipoh (SMI) tetap menjadi daya tarikan untuk murid terbaik bersekolah di sini.
Buat sementara, iaitu sehingga bulan Mei hanya terdapat pelajar tingkatan enam atas. Sebagai kelompok pelajar yang matang dan menuju usia 20-an, mereka boleh menjadi teladan yang terbaik untuk murid lain. Hakikat berkenaan juga dilihat oleh seorang pegawai pemantau PPD yang datang ke SMI sejak awal pagi lagi ...
Subscribe to:
Posts (Atom)