TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, May 20, 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN MAKROEKONOMI DI SMI (COMPILATION OF THEORIES AND APPLICATION)

...

...
Puan Hajjah Rasidah binti Ismail,
penyelaras pengajian ekonomi prauniversiti SMI

...
Encik Veeriah a/l Sinniah,
ketua panitia Ekonomi SMI

...
sebahagian peserta bengkel perancangan jawapan
Ekonomi STPM Penggal 2
 

...

Wednesday, May 13, 2015

PELAJAR PRAUNIVERSITI 6 RENDAH 2015 MULA MASUK KELAS (WAY FORWARD TO DEGREE LEVEL STUDY)

Sejumlah 248 orang pelajar baharu prauniversiti SMK St. Michael Ipoh (SMI) telah melapor diri pada 5 Mei yang lalu. Daripada jumlah itu, 172 orang pelajar jurusan sains, manakala 76 orang lagi jurusan kemanusiaan. Walaupun demikian, jumlah berkenaan bakal berubah apabila keputusan permohonan universiti awam, politeknik premier dan politeknik konvensional diumumkan.


Setelah menjalani program suai kenal selama 4 hari secara umum, pelajar diagihkan berdasarkan pakej mata pelajaran. Selain itu, proses rayuan kemasukan tingkatan 6 bakal diketahui dalam tempoh terdekat. Begitu juga dengan yang memohon pertukaran jurusan, lazimnya dari jurusan sains ke jurusan kemanusiaan.

Sostem pentaksiran secara modular memberikan kelebihan kepada calon STPM. Mereka berpeluang meningkatkan gred pencapaian dalam tahun yang sama. Selamat belajar dengan bijaksana menerusi pertolongan guru berpengalaman di SMI yang mencatat kejayaan hebat pada tahun lepas ...

Monday, March 2, 2015

PELAJAR TERBAIK STPM 2014 SMI MACAM SELEBRITI (MOMENT OF JOY AND PRIDE)

Ipoh, Isnin: 2.3.15 / 11 Jamadil Awal 1436

Sudah agak lama SMK St. Michael, Ipoh (SMI) tidak menjadi tumpuan media seperti ketika keputusan STPM 2014 diumumkan tengah hari tadi. Kali ini TV3, RTM, Kosmo, Sinar, Sun dan beberapa media lain 'menyerbu' SMI yang muncul sebagai sekolah terbaik STPM seluruh negeri Perak (dari segi kualiti). Pelajar SMI pula memang bijak melontarkan jawapan yang bernas terhadap temu bual spontan wartawan berpengalaman.

Chang Carrie dan Christina See-Kei Wong dari UA1

TV3 yang membuat liputan pencapaian STPM bertemakan 'Ubah Nasib Keluarga' telah memberi liputan yang agak panjang kepada sepasang sahabat karib di atas. Christina memang tidak pernah lupa memberi kredit kepada guru SMI dengan kata-kata "guru-guru St. Michael's memang terbaik'. Chang Carrie pula menyebut betapa pilihannya untuk meneruskan pengajian prauniversiti tingkatan enam sebagai tepat.

Christina See-Kei Wong dan Chang Carrie ialah antara empat orang pelajar UA1 tahun 2014 yang mencatat purata nilai gred kumulatif 4.0. Pencapaian UA1 itu menyamai rekod UA3 untuk STPM 2013. Dua orang pelajar UA1 yang turut mencatat 4.0 ialah Charrogesinee a/p Radhakrishnan dan Khong Wei Hung.

Charroogesinee sanggup meninggalkan pengajian matrikulasi sains tulen untuk memenuhi impian dalam bidang penyiaran. Namun, setelah keputusan STPM diumumkan, Charroog mahu memohon ke Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Charoog berhasrat menimba ilmu ekonomi sebagai kerangka aplikasi bidang keusahawanan pada masa hadapan.

 Ho Jee Hin, lelaki berkaca mata di baris hadapan

Secara keseluruhannya, 8 orang Michaelian mencatat PNGK 4.0 dalam STPM 2014 dengan lima orang daripadanya calon jurusan kemanusiaan. Ketua pelajar 2014, Ho Jee Hin membuktikan bahawa kesibukan sebagai pemimpin pelajar bukan alasan untuk tidak mencapai gred maksimum STPM. Selain itu, 10 orang calon lain mencatat PNGK 3.8 ke atas.

Tahniah. Semoga terus mencipta kecemerlangan.