pendidikan jendela kecemerlangan insan... smk st michael, 30000 ipoh, perak ~~~~~~~~ tel: 05-2540418 ulang tahun penubuhan 100 tahun = 2012
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI
Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.
Atau e-mel: amrinajr@gmail.com
(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Minal 'a 'idin wal fa idhin
Kullu am wa antum bi khair
Maaf Zahir dan Batin
Friday, March 27, 2015
Monday, March 23, 2015
Monday, March 16, 2015
Monday, March 2, 2015
PELAJAR TERBAIK STPM 2014 SMI MACAM SELEBRITI (MOMENT OF JOY AND PRIDE)
Ipoh, Isnin: 2.3.15 / 11 Jamadil Awal 1436
Sudah agak lama SMK St. Michael, Ipoh (SMI) tidak menjadi tumpuan media seperti ketika keputusan STPM 2014 diumumkan tengah hari tadi. Kali ini TV3, RTM, Kosmo, Sinar, Sun dan beberapa media lain 'menyerbu' SMI yang muncul sebagai sekolah terbaik STPM seluruh negeri Perak (dari segi kualiti). Pelajar SMI pula memang bijak melontarkan jawapan yang bernas terhadap temu bual spontan wartawan berpengalaman.
Chang Carrie dan Christina See-Kei
Wong dari UA1
TV3 yang membuat liputan pencapaian STPM
bertemakan 'Ubah Nasib Keluarga' telah memberi liputan yang agak panjang kepada
sepasang sahabat karib di atas. Christina memang tidak pernah lupa memberi
kredit kepada guru SMI dengan kata-kata "guru-guru St. Michael's memang
terbaik'. Chang Carrie pula menyebut betapa pilihannya untuk meneruskan
pengajian prauniversiti tingkatan enam sebagai tepat.
Christina See-Kei Wong dan Chang Carrie ialah
antara empat orang pelajar UA1 tahun 2014 yang mencatat purata nilai gred
kumulatif 4.0. Pencapaian UA1 itu menyamai rekod UA3 untuk STPM 2013. Dua orang
pelajar UA1 yang turut mencatat 4.0 ialah Charrogesinee a/p Radhakrishnan dan
Khong Wei Hung.
Charroogesinee sanggup meninggalkan pengajian
matrikulasi sains tulen untuk memenuhi impian dalam bidang penyiaran. Namun,
setelah keputusan STPM diumumkan, Charroog mahu memohon ke Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya. Charoog berhasrat menimba ilmu ekonomi sebagai
kerangka aplikasi bidang keusahawanan pada masa hadapan.
Ho Jee Hin, lelaki berkaca
mata di baris hadapan
Secara keseluruhannya, 8 orang Michaelian
mencatat PNGK 4.0 dalam STPM 2014 dengan lima orang daripadanya calon jurusan
kemanusiaan. Ketua pelajar 2014, Ho Jee Hin membuktikan bahawa kesibukan
sebagai pemimpin pelajar bukan alasan untuk tidak mencapai gred maksimum STPM.
Selain itu, 10 orang calon lain mencatat PNGK 3.8 ke atas.
Tahniah. Semoga terus mencipta
kecemerlangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)