Ipoh, Rabu: 19/12/12 = 5 Safar 1433
Keputusan PMR 2011 telah diumumkan pagi ini. Maklumat awal menunjukkan sejumlah 51 orang calon PMR 2012 SMK St. Michael, Ipoh (SMI) mencatat semua A. Berbanding dengan 59 orang calon semua A tahun 2011, bermakna berlaku penurunan tujuh orang calon sahaja.
Tahniah diucapkan kepada semua calon PMR 2012 SMI dan pihak sekolah atas kejayaan mengekalkan kedudukan antara sekolah terbaik daerah Kinta Utara. Kini, tugas seterusnya ialah untuk mencari jalan supaya SMI akan terus berada dalam kelompok sekolah yang dihormati. Penurunan bilangan calon cemerlang SMI yang berlaku sejajar dengan arah aliran kebangsaan yang merekodkan kemerosotan hampir satu peratus.
Masalah kepada semua sekolah ialah bilangan calon near miss yang tinggi. Maksudnya, calon terbabit akan memperoleh semua A jika tidak kerana satu mata pelajaran yang mencatat gred lain. Contohnya, 8A, 1B; 7A, 1C atau 6A, 1B. Pada tahun ini SMI mempunyai 28 kes seumpama itu.
SMI tidak perlu berasa kecewa dengan keadaan demikian justeru sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (Star) juga mempunyai sejumlah 21 orang calon near miss. Pada tahun ini juga, kebanyakan punca near miss ialah kertas Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup. Sebelum ini, mata pelajaran yang ketara sebagai punca near miss termasuk Matematik dan Sejarah.
Peperiksaan PMR 2012 merupakan peperiksaan secara berpusat kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia yang akan dimansuhkan mulai tahun 2014. PMR berpusat akan digantikan dengan sistem pentaksiran berasaskan sekolah. Pemeringkatan pencapaian murid diukur berdasarkan skor band 1 hingga 6 oleh guru mata pelajaran.
Walaupun mengalami sedikit penurunan, SMI terus menyumbang terhadap kedudukan Kinta Utara sebagai daerah paling cemerlang untuk PMR 2012. Maka, murid tingkatan tiga tahun 2013 wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat kejayaan manis sebagai penutup tiran sistem peperiksaan berpusat PMR. Murid cemerlang, SMI bukan calang-calang...
No comments:
Post a Comment