Tanggal 2 Januari 2013 menandakan sesi
persekolahan telah kembali. Seluruh warga sekolah kembali ceria setelah sekian
lama tidak bersua muka. Perjuangan menuntut ilmu kini diteruskan dengan penuh
bergaya.
Berdasarkan kelaziman, satu perhimpunan
ringkas sempena hari pertama persekolahan diadakan. Namun, cuaca yang agak
gelap serta hujan renyai di persekitaran SMK St. Michael, Ipoh (SMI) tidak
memungkinkan perhimpunan dapat dilaksanakan. Taklimat ringkas tingkatan 4 untuk
semakan semula penempatan kelas dibuat di dalam dewan sekolah.
Bagi memenuhi kehendak pihak kementerian
dan jabatan, kegiatan pembelajaran di bilik darjah bermula sejak waktu pertama
lagi. Murid dan guru sama-sama akur bahawa tanggungjawab masing-masing perlu
disempurnakan. Jaminan masa kini dan masa hadapan wajib diberi tumpuan...
No comments:
Post a Comment