Setelah lama menanti, akhirnya edisi se-abad naskhah The Michaelian sampai juga ke tangan warga SMK St. Michael, Ipoh (SMI). Proses penerbitannya menjangkau masa lebih setahun. Semakan yang teliti dilakukan supaya bertepatan dengan status 100 tahun penubuhan SMI.
Konsep keseluruhan majalah, termasuk kulit hadapan dan belakang majalah, diilhamkan oleh Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMI. Reka bentuk asas dimulakan oleh penyelaras, Encik Abdul Qaiyum sebelum mendapat sentuhan kepakaran guru teknologi maklumat seperti Cikgu Nur Amali, Cikgu Azaliza dan beberapa orang lagi. Hasilnya, imej yang ringkas tetapi membawa maksud yang mendalam.
Edisi 100 tahun ini setebal 266 muka surat, termasuk 22 halaman berwarna. Tambahan kos penerbitan berjaya ditampung menerusi jualan ruang iklan yang diusahakan oleh Cikgu Ravindran yang sudah berpengalaman 10 tahun dalam urusan teknikal majalah The Michaelian.
Antara individu terawal membuat semakan ketibaan majalah kali ini ialah Encik Abdul Qaiyum dan ahli jawatankuasa PIBG, Encik Thomas Wong (seperti dalam gambar di atas). Sebelum proses edaran dilakukan, naskhah majalah diteliti oleh pengetua terlebih dahulu. Kumpulan pertama penerima majalah ialah pelajar yang mengambil slip keputusan peperiksaan STPM pada hari Isnin, 18 Mac.
Warga SMI yang ditemui memberi kredit terhadap edisi istimewa The Michaelian. Mereka berpendapat bahawa penantian mereka selama ini amat berbaloi. Masing-masing sibuk mencari gambar diri sendiri dan rakan sebagai kenangan zaman persekolahan...
salam cikgu sy osman dari education malaysia
ReplyDeletepromo bln may kami tgh rekrut pelajar2 spm leavers
yg minat dlm kursus kemahiran cth perhotelan, elektrikal,automotif ada elaun setiap bulan rm 300 jaminan kerja
harap cikgu dapat introduce student kpd kami blh call sy 016 6559116 tks cikgu