Bulan puasa Ramadan 1434 Hijriyyah sudah tiba pada penghujungnya. Mudah-mudahan bertambah tinggi hendaknya makam taqwa mereka yang berpuasa, insya-Allah. Panjang umur murah rezeki, bertemu lagi bulan Ramadan 1435 (bermula akhir Jun 2014).
Cikgu Adi, Cikgu Helmi, Cikgu Samsudin dan Cikgu Nasran
Sempena kedatangan Syawal, sebagai tanda kemenangan kepada golongan yang berpuasa dengan sesungguhnya, guru-guru Islam mengambil kesempatan melafazkan ucapan Eid mubarak, minal a'idin wal faidzin, kullu am wa antum bi khair. Sudah menjadi tradisi bahawa ungkapan maaf zahir dan batin tidak lekang daripada dituturkan. Empat orang guru lelaki SMK St. Michael, Ipoh (SMI) sempat merakamkan simbolik semangat Syawal untuk dikongsi bersama seluruh warga SMI.
Di Malaysia, hari raya turut menjadi wahana bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan. Perubahan zaman menyebabkan konsep rumah terbuka kini berdasarkan tarikh dan waktu yang tertentu. SMI juga tidak pernah ketinggalan bagi menganjurkan majlis rumah terbuka supaya kemeriahan sambutan hari raya dapat dikongsi seluruh warganya tanpa mengira latarbelakang kepercayaan dan keturunan ...
No comments:
Post a Comment