pendidikan jendela kecemerlangan insan... smk st michael, 30000 ipoh, perak ~~~~~~~~ tel: 05-2540418 ulang tahun penubuhan 100 tahun = 2012
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI
Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.
Atau e-mel: amrinajr@gmail.com
(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Minal 'a 'idin wal fa idhin
Kullu am wa antum bi khair
Maaf Zahir dan Batin
Thursday, February 26, 2015
Monday, February 16, 2015
PELANCARAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH (CREATING THE MOOD OF CELEBRATION)
Ipoh, Isnin: 16.2.15 = 26 Rabiul Akhir 1436
Musim perayaan datang lagi. Kali ini masyarakat Cina merayakan sambutan tahun baru yang dijangka bermula dengan majlis makan besar pada petang Rabu ini. Kebanyakan sekolah akan mula bercuti pada hari Selasa (esok) sehingga Ahad, 22 Februari.
SMK St. Michael, Ipoh (SMI) tidak ketinggalan memeriahkan suasana. Pelancaran dilakukan oleh Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim, Penolong Kanan yang kini menanggung tugas pengetua. Beliau memalu gendang Cina sebagai gimik dan simbolik.
Acara ringkas semasa slot perhimpunan mingguan pagi itu diteruskan dengan persembahan gendang kumpulan wusyu. Mereka melakukan beberapa formasi paluan. Khalayak kelihatan terhibur.
Sambutan tahun baru Cina dilengkapkan dengan edaran buah limau mandarin. Pengawas pusat sumber kelihatan mengangkat kotak dan bergerak ke arah kumpulan murid yang duduk. Proses memupuk persafahaman dalam kalangan murid pelbagai latar belakang di SMI menepati konsep pembelajaran dan pemupukan jati diri.
Friday, February 6, 2015
MAJLIS PERSARAAN PUAN LOH WEI SENG (PRECIOUS MOMENTS WITH EXCELLENCE PRINCIPAL OF SMI)
Jumaat, 6/2/15 = 16 Rabiul Akhir 1436
Jika 41 tahun yang lalu, SMK St. Michael, Ipoh (SMI) ditinggalkan dengan status calon HSC tingkatan 6, hari ini Puan Loh Wei Seng mengucapkan selamat tinggal SMI sebagai pengetua cemerlang gred DG 54. Beliau bersara wajib pada tanggal 8 Februari 2015 setelah memimpin SMI selama tiga tahun setengah dengan bergaya. Puan Loh Wei Seng merupakan pegawai kanan awam yang telah mengikuti lebih daripada 70 kursus kepimpinan pendidikan bagi membolehkan beliau berhadapan dengan persekitaran sekolah yang berbeza-beza.
Majlis persaraan rasmi Puan Loh dibahagikan kepada segmen bersama Michaelian di tapak perhimpunan, serta segmen bersama warga pendidik di dalam dewan sekolah. Selain itu, beliau telah diraikan oleh warga sekolah sesi petang pada hari Rabu yang lalu. Pada malam ini pula, satu jamuan perpisahan khas anjuran PIBG dan persatuan bekas pelajar (OMA) diadakan di Hotel Syuen, Ipoh.
Setelah diarak masuk oleh pasukan kompang dan bunga manggar, Puan Loh Wei Seng memeriksa perbarisan kehormat pasukan pakaian seragam sekolah. Ketua pelajar SMI, Lee Hong Lam dari UA3 telah memberi ucapan penghargaan yang penuh semangat. Lee Hong Lam mahu semua Michaelian mencontohi pencapaian Puan Loh sejak beliau bergelar pelajar SMI lagi.
Antara persembahan terbuka ialah gandingan pasukan wushu dan silat secara sekali gus. Sekumpulan bekas pelajar pula mempersembahkan tarian naga. Pasukan pancaragam militari sekolah turut memeriahkan suasana majlis dengan beberapa buah lagu sebelum upacara penyampaian hadiah kenang-kenangan daripada pelbagai kumpulan pelajar.
Acara dalam dewan bermula dengan doa oleh Mohd Sirrishuti bin Roslan, 5S1, diikuti oleh Simon Michael dari UA2. Ucapan penghargaan dimulakan oleh Encik Ahmad Kemunchak Bin Abdul Karim, Penolong Kanan SMI siap dengan gurindam khas. Turut memberi ucapan ialah Encik Joseph Michael Lee (PIBG), Tan Sri Lee Oi Hian (BOG), Bro. Anthony Rodger (La Salle Education Malaysia) dan Tuan Haji Zulkurnaini bin Hussin, Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.
bersama suami tercinta, Encik Ho Che Tan
Puan Loh ditemani suami dan anak lelaki kedua mereka. Pada jamuan penghargaan di Hotel Syuen sebelah malamnya, kedua-dua anak perempuan dan menantu sulung dijangka sempat hadir bersama. Sokongan padu keluarga, rakan dan subordinat merupakan kunci kejayaan seseorang pemimpin sekolah seperti beliau.
sijil penghargaan persaraan disampaikan oleh Timbalan Pengarah
Jabatan Pendidikan Perak, Tuan Haji Zulkurnaini bin Hussin
Jabatan Pendidikan Perak, Tuan Haji Zulkurnaini bin Hussin
Tuan Haji Zulkurnaini dalam ucapannya menyebut bahawa persaraan seorang pegawai kanan pendidikan memang termasuk dalam tatacara operasi piawai, S.O.P. Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berasa kagum dengan kerjasama dalam semua pihak berkepentingan (stake-holders) di SMI. Hadir sama ialah Encik Abdul Manaf bin Asmuni, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara.
rakan pengetua dari seluruh Kinta Utara turut hadir
Sementara itu hampir 30 orang pengetua daerah Kinta Utara hadir secara peribadi untuk bersua muka dengan Puan Loh Wei Seng dan Tuan Haji Zulkurnaini. Kesempatan bertemu membolehkan para pengetua bertanya khabar sesama sendiri dan bertukar-tukar maklumat terkini. Mereka berada di SMI selama tiga jam sehingga majlis bersurai.
potret catan minyak daripada Cikgu Adi Yusri bin Yem
Hadiah kenangan memiliki nilai sentimental yang tersendiri. Tidak semua hadiah dapat disimpan dalam tempoh yang lama, tetapi boleh disimpan secara digital. Namun, hadiah seperti di atas karya Cikgu Adi melambangkan keakraban Puan Loh dengan warga SMI terpahat dalam tinta sejarah sekolah.
lambaian kasih buat Michaelian
Majlis dikendalikan secara dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sama ada ucapan atau pengacaraan. SMI meletakkan pencapaian bahasa Inggeris dalam bidang kurikulum dan koakademik sebagai penanda aras kebitaraan sekolah (niche area). Persembahan orkestra Cina SMI dan nyanyian duet In This Moment pasti menjelma dalam ingatan Puan Loh setiap kali terkenang majlis yang gilang-gemilang yang sudah pun menjadi sejarah itu ...
Monday, February 2, 2015
Monday, January 26, 2015
Saturday, January 24, 2015
Friday, January 23, 2015
BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN SECARA BERPERINGKAT (TRANSFER PAYMENT TO MAXIMISE WELFARE)
Lebih 1,500 orang murid SMK St. Michael, Ipoh (SMI) layak menerima bantuan tunai persekolahan berjumlah RM100 seorang. Kumpulan pertama yang menerima bayaran pindahan secara one-off (sekali sahaja) itu ialah murid tingkatan lima. Sebagaimana sekolah harian yang lain, ibu, bapa atau penjaga murid dikehendaki hadir untuk menerima bayaran berkenaan.
Cikgu Nurul Zahida sedang melayan seorang ibu murid SMI
Jumlah RM100 itu mungkin tidak begitu besar jumlahnya bagi sebahagian ibu bapa, tetapi mereka tetap hadir menerimanya sebagai tanda menghargai pemberian kerajaan untuk anak mereka. Sambil itu, mereka dapat menjenguk sekolah dan berjumpa dengan guru tingkatan untuk saling bertukar maklumat demi kemajuan pembelajaran murid. Maka, program sarana ibu bapa sebagaimana hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) sedikit sebanyak terlaksana.
Bantuan persekolahan yang diterima menjadi pelengkap terhadap dasar yuran persekolahan percuma (kecuali bayaran majalah), bayaran peperiksaan awam percuma untuk pertama kali (kecuali Muet) dan pengecualian derma PIBG bagi murid yang layak. Pelajar prauniversiti tingkatan enam pula bakal menerima baucar buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 tidak berapa lama lagi. Pendek kata, kekangan kewangan asas perbelanjaan persekolahan murid sudah diringankan ...
Monday, January 12, 2015
PERHIMPUAN MINGGUAN PERTAMA 2015 (KEY ELEMENTS FOR SUCCESSFUL MICHAELIANS)
Ipoh, Isnin: 12.1.14 // 21 Rabiul Awwal 1436
Setelah seminggu tertangguh kerana cuti khas bencana banjir, sekolah akhirnya dibuka. Tarikh menghampiri pertengahan Januari ini mencatat rekod permulaan sesi persekolahan paling lewat. Warga sekolah nampak begitu teruja dengan persekitaran sekolah yang dirindui.
Perhimpunan pagi dalam suhu yang agak dingin dimulai dengan bacaan doa. Di SMK St. Michael, Ipoh (SMI), bacaan doa oleh wakil pelajar Islam disampaikan dalam bahasa Melayu, diikuti dengan wakil-wakil pelajar bukan Islam disampaikan dalam bahasa Inggeris.
Ikrar bulanan dimulakan dengan prinsip rukun negara dan kemudiannya ikrar Michaelian.
Antara pengumuman terawal disampaikan oleh Cikgu Hilmi, setiausaha sukan SMI. Acara merentas desa, Michaelian Run bakal dilaksanakan pada 24 januari nanti.
Guru disiplin, Cikgu Chong Weng Sung menegaskan peraturan utama sekolah, iaitu menghormati guru. Beliau turut menyentuh isu pegaduhan gangsterisme, kelewatan hadir ke sekolah dan salah laku yang lain.
Penolong kanan, Cikgu Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim menutup perhimpunan dengan huraian tema sekolah yang baharu. Turutmemberiucapan ialah Drs. Rajendran, Penolong Kanan HEM dan Puan Hajjah Normah, Penolong Kanan Kokurikulum.
Tuesday, December 23, 2014
NASKHAH TAKWIM PENGURUSAN SMI 2015 SIAP DIJILID (SCHOOL PLANNING AHEAD)
Ipoh, Isnin: 22.12.14 // 29 Safar 1436
Sebelas orang guru yang menganggotai Jawatankuasa Takwim Pengurusan dan Jawatankuasa Sekolah telah meluangkan masa cuti mereka untuk melaksanakan tugas menjilid naskhah dokumen berkenaan. Setelah bertungkus-lumus menyediakan bahan yang bermula sebulan sebelum cuti lagi, di samping kemas kini maklumat guru, proses menjilid dokumen sehingga selesai menjadi jaminan tentang kelancaran perjalanan mesyuarat guru yang pertama sebelum sekolah dibuka. Perancangan kegiatan sekolah sepanjang tahun 2015, serta perincian agihan tugas dalam kalangan guru bakal memacu kecemerlangan pembelajaran di SMK St. Michael, Ipoh (SMI).
Bertempat di bilik mesyuarat OMA, kerja penjilidan dilakukan dengan teliti selama kira-kira tiga jam bermula pada pukul sembilan pagi. Curahan hujan di luar dan suhu yang dingin seolah-olah tidak dirasakan ketika itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap mutu naskhah takwim yang sedang dijilid.
Di dewan sekolah pula, kelihatan sekumpulan guru dan kaunselor pelajar menguruskan penyampaian slip keputusan PT3 dan program taklimat kemasukan tingkatan 4. Penolong Kanan SMI sempat memaklumkan tentang pencapaian calon secara umum. Suasana hari persekolahan biasa sedikit sebanyak sudah kembali menjelma ...
Sunday, November 23, 2014
GURU DATA SMI PINDAH KE ABC (CLOSER TO HOME SWEET HOME)
Ipoh, Jumaat: 21.11.14 // 28 Muharam 1436
Sepuluh tahun yang lalu, pemuda yang masih belum berpunya ini melapor diri ke SMK St. Michael, Ipoh (SMI) dan ditempatkan mengajar Matematik pada sidang petang. Walhal, sebelumnya beliau ialah 'pakar' Matematik Tambahan di SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, serta terbabit dengan pentaksiran peringkat kebangsaan. Namun, berpegang kepada prinsip profil sederhana dan tiada sesiapa pun penjawat awam yang boleh menganggap dirinya terlalu penting, Tuan Haji Mohd. Zulkefli bin Ahmad, 43, menerima perubahan yang berlaku di tempat baharu.
cenderamata Jappim disampaikan oleh PK Koku
Apabila guru data pertama SMI, Encik Prakas Rao berjaya dalam permohonan cuti belajar bergaji penuh (tanpa biasiswa) di UPM untuk sarjana pendidikan teknikal, Haji Zul telah dilantik untuk jawatan berkenaan. Tugas guru data bukan mudah untuk ditanggung justeru perlu menyimpan banyak maklumat persendirian dan sulit, selain perlu menghadap skrin komputer untuk tempoh yang panjang saban hari. Guru data juga harus bersabar dan bijak menjaga tutur kata bagi memenangi kerjasama semua pihak di sekolah demi kelangsungan tugas dan memenuhi kehendak pihak atasan.
semua fokus di meja hidangan
terima kasih daun keladi Tuan Haji Abdul Qaiyum
tahun hadapan adakah lagi nasi Bukhari?
terima kasih daun keladi Tuan Haji Abdul Qaiyum
tahun hadapan adakah lagi nasi Bukhari?
Setahun yang lalu, Haji Zul telah masuk rumah
baharu di Kledang, Chemor, sebuah kawasan petempatan yang pesat membangun,
tetapi terpaksa 'melayan' begitu banyak lampu isyarat sebelum tiba di SMI.
Tambahan pula, banyak kenderaan yang bergerak macam kura-kura barangkali tiada
urusan segera. Maka, daripada tertekan dengan sikap pemandu santai seperti itu,
sertai mereka dengan syarat jarak perjalanan lebih dekat.
bergambar kenangan dengan Encik
Ahmad Kemunchak,
Penolong Kanan SMI yang
banyak membantu dalam urusan data
Mulai tahun 2015, kelibat Haji Zul tiada lagi di
SMI, sebaliknya di SMK Aminuddin Baki, Chemor (ABC). Haji Zul hanya perlu
memandu selama lebih kurang lima minit dari rumah ke tempat kerja. Kedudukan
ABC juga terletak dalam kawasan perumahan, lantas tidak perlu bersesak di jalan
raya utama.
semoga terus cemerlang berbakti
kepada umat
Terima kasih Haji Zul turut kerana turut
menyumbang terhadap penarafan sekolah yang berada pada band 3, dan kini
menuju band 2 atau kluster kecemerlangan. Minat Haji Zul ialah bermain
badminton dan memancing bersama kelab Kilas Tangkis yang diketuai Cikgu
Ibrahim, serta melancong ke destinasi menarik di dalam dan luar negara. Antara
pengalaman yang sukar beliau lupakan ialah ketika kapal pelancong (cruise)
yang dinaiki terumbang-ambing dipukul arus deras di Selat Bosphorus yang memisahkan bahagian
benua Asia dengan Eropah negara Turki ...
Subscribe to:
Posts (Atom)