Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh pada 13 dan 14 April ini, pasukan bahas ala parlimen SMK St. Michael, Ipoh (SMI) akan bersaing dengan sembilan lagi wakil daerah seluruh Perak bagi merebut gelaran juara. Setelah mengetepikan cabaran Anderson di peringkat Zon 2, SMI tidak berhadapan masalah untuk muncul sebagai johan daerah Kinta Utara. Berdasarkan prestasi semasa, dijangka pasukan SMI menjadi pilihan untuk mara ke peringkat akhir dan seterusnya mencatat kejayaan yang manis kelak.
Dari kiri: Mohammad Syafil bin Abd. Razak, Amirul Syafiq
bin Abdul Wahab, Chan Keng Hoe, Ho Joo Hin
dan Amirthan Nesan a/l Soosai Selvanathan
bin Abdul Wahab, Chan Keng Hoe, Ho Joo Hin
dan Amirthan Nesan a/l Soosai Selvanathan
Anggota pasukan bahas SMI telah mula menerima pendedahan selok-belok pertandingan sejak dari tingkatan 2 lagi. Kini, mereka dibimbing oleh Cikgu Saimah binti Salleh dan Cikgu Hamdan bin Mohd Ali. Selain itu, Puan Hajah Normah binti Haji Karimin, Penolong Kanan Kokurikulum juga turut membantu dari segi persediaan strategi dan idea perbahasan.
Salah seorang anggota pasukan, Chan Keng Hoe juga telah muncul sebagai juara pidato peringkat daerah. Keng Hoe juga akan mewakili daerah Kinta Utara untuk peringkat akhir negeri Perak pada awal bulan Mei nanti di Teluk Intan. Warga SMI mendoakan kejayaan Cheng Hoe dan rakan-rakan dalam kedua-dua pertandingan koakademik yang disertai itu...
SMI x sepatutnya kalah pada St Barnette's Convent pada suku akhir negeri. pasukan saya sepatutnya bertemu dgn smi di separuh akhir. :) jumpa lagu tahun 2013.
ReplyDelete