Tronoh, Rabu: 18/4/12 = 27 Jamadail Awal 1433
Pereka cipta muda SMK St. Michael, Ipoh (SMI) menambah koleksi hadiah sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan sekolah apabila memenangi sebutir pingat emas dan sebutir pingat perak sempena Pameran Sains & Reka Cipta Kejuruteraan anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini. Projek yang dipersembahkan bertajuk Automatic Retrievable Clothes Hanger.
pereka cipta muda kebanggaan SMI bersama guru pembimbing
Pasukan yang memenangi pingat emas dianggotai oleh Tan Wai Keat, Tea Yean Jeck dan Chin Khang Wei, serta diselia oleh En. Chong Weng Sung, guru cemerlang Fizik. Sebuah lagi pasukan yang mempersembahkan reka cipta bertajuk Solar Thermos Food Container memenangi pingat perak. Pasukan bimbingan Puan Wan Norliza Bt Abdul Raoff dan Cik Seri Ayu Bt. Ahmad Noorddin itu dianggotai oleh Subashan A/L Vadibeler, Thayaabaran A/L Ravin Drakumar dan Gabriel Lee Cong Han.
kunjungan Naib Canselor UTP
Kedua-dua buah gerai reka cipta SMI mendapat perhatian pengunjung, termasuk Naib Canselor UTP, Datuk Dr Zainal Abidin bin Haji Kasim. Soalan yang dilontarkan telah dapat dijawab dengan lancar dan tepat. Penghakiman dilakukan oleh kakitangan akademik UTP, termasuk profesor dalam bidang yang berkaitan.
Tahniah pereka muda SMI
No comments:
Post a Comment