Ipoh, Selasa: 9/4/13 = 28 Jamadil Awal 1434
Saban tahun, SMK St. Michael, Ipoh (SMI) membuat pementasan drama bagi mengisi dana pembagunan sekolah. Sebagai sebuah sekolah yang berstatus bantuan modal, dana untuk membina bangunan baharu, ubah suai, dan elaun kakitangan tembahan perlu ditanggung sendiri. Pada akhirnya, segala kemudahan yang disediakan akan dipulangkan dalam bentuk penyampaian pengalaman pembelajaran yang terbaik kepada murid.
Drama SMI edisi 2013 berjudul The Lion King. Persembahan pentas berbeza dengan layar lebar dan layar kaca dari segi cara penyampaian dan ruang yang digunakan. Peminat drama berpeluang mengikuti satu persembahan secara langsung dan bersemuka.
Raptai penuh berlangsung pada Jumaat, 5/4 yang lalu dengan kehadiran keseluruhan tenaga penerbitan drama. Malam ini pula dikhususkan kepada jemputan khas rumah kebajikan, di samping ibu bapa pelakon dan pemuzik juga hadir memberikan sokongan. Persembahan berbayar akan bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.
Persembahan drama berkonsep muzikal dan berwarna-warni itu nyata menarik perhatian jemputan khas, terutama anak-anak yatim. Kesinambungan babak demi babak secara berkesan telah berjaya membawa penonton melayan imaginasi masing-masing. Kostum pelakon yang berwarna-warni juga memberi dampak visual yang optimum bagi mengungkapkan mesej drama dengan lebih baik.
Tetamu undangan khas yang berjumlah 50 orang itu juga membawa pulang oleh-oleh berupa baju-T drama yang bernilai RM25 setiap helai. Pengerusi PIBG, En. Joseph Michael Lee telah bermurah hati menaja pemberian baju-T berkenaan. Mereka juga menikmati hidangan makan malam yang enak...
...
No comments:
Post a Comment