TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Friday, April 5, 2013

HOKI KINTA UTARA: SMI KEKAL PENCAPAIAN (NO MORE EASY PESSAGE)

Ipoh, Jumaat: 5/4/13 = 24 Jamadil Awal 1434

Tolakan sudut penalti yang tersasar pada minit terakhir terakhir perlawanan menyaksikan skuad hoki SMK St. Michael, Ipoh (SMI) mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan hoki Majlis Sukan Sekolah daerah Kinta Utara edisi tahun 2013. SMI harus akhir dengan SMK Tambun selaku pengelola kejohanan yang berbekalkan gol tunggal pada babak pertama permainan. Sudah tiga tahun berturut-turut SMI sekadar melangkah ke pusingan suku akhir.
Jika penampilan dua tahun terakhir bertemu Star berkesudahan 0-1 (2011) dan 0-3 (2012), kali ini di tangan pasukan yang kurang dikenali. Maka, Tambun akan bertemu Star di peringkat separuh akhir, manakala Anderson dijangka menempah pertemuan dengan ACS

SMK Gunung Rapat sebagai sekolah projek akademi sukan negeri dikategorikan sebagai daerah yang tersendiri. Barangkali Anderson yang saban tahun menjuarai kejohanan sekolah peringkat kebangsaan juga patut masuk dalam kategori yang sama. Jika tidak setiap tahun skripnya akan sama: Anderson membelasah semua lawan dengan lebih sedozen gol, kecuali Star yang kena setengah dozen sahaja.
Bekas pemain hoki SMI yang pernah membawa pasukan menduduki tempat ketiga kejohanan sekolah premier zon Perak turut hadir memberi sokongan. Mereka memuji semangat melawan dan kemahiran taktikal pasukan yang dibarisi pemain campuran tingkatan satu hingga lima itu. Tinggal sentuhan penyudah yang perlu diberi perhatian.

Cabaran seterusnya ialah kejohanan Piala Milo dan kejohanan sekolah premier. Peluang berkenaan harus digunakan bagi melakar kejayaan yang lebih baik. SMI mungkin perlu mengadakan perlawanan ujian dengan lebih kerap selepas ini...

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu,,,saya nak tanya...sem 1 saya dapat c- ekonomi,,,sekarang saya was-was nak repeat atau tidak...saya dapat pointer 3.17...pada pendapat cgu perlukah repeat? Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. W.salam

    Ulang balik kena bayar RM50. Risiko lain tidak ada. Kalau dapat gred lebih baik, o k, kalau lebih teruk tidak akan akan dikira.

    Masih boleh baiki gred keseluruhan kertas dengan syarat Makro yang baru lalu o k, dan ekonomi malaysia + kertas projek penggal 3 juga o k.

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete