TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Friday, January 23, 2015

BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN SECARA BERPERINGKAT (TRANSFER PAYMENT TO MAXIMISE WELFARE)

Lebih 1,500 orang murid SMK St. Michael, Ipoh (SMI) layak menerima bantuan tunai persekolahan berjumlah RM100 seorang. Kumpulan pertama yang menerima bayaran pindahan secara one-off (sekali sahaja) itu ialah murid tingkatan lima. Sebagaimana sekolah harian yang lain, ibu, bapa atau penjaga murid dikehendaki hadir untuk menerima bayaran berkenaan.
Cikgu Nurul Zahida sedang melayan seorang ibu murid SMI

Jumlah RM100 itu mungkin tidak begitu besar jumlahnya bagi sebahagian ibu bapa, tetapi mereka tetap hadir menerimanya sebagai tanda menghargai pemberian kerajaan untuk anak mereka. Sambil itu, mereka dapat menjenguk sekolah dan berjumpa dengan guru tingkatan untuk saling bertukar maklumat demi kemajuan pembelajaran murid. Maka, program sarana ibu bapa sebagaimana hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) sedikit sebanyak terlaksana.

Bantuan persekolahan yang diterima menjadi pelengkap terhadap dasar yuran persekolahan percuma (kecuali bayaran majalah), bayaran peperiksaan awam percuma untuk pertama kali (kecuali Muet) dan pengecualian derma PIBG bagi murid yang layak. Pelajar prauniversiti tingkatan enam pula bakal menerima baucar buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 tidak berapa lama lagi. Pendek kata, kekangan kewangan asas perbelanjaan persekolahan murid sudah diringankan ...

No comments:

Post a Comment