TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, March 23, 2011

SMI ADA WAKIL 10 A+ SPM 2010 (MICHAELIANS MAINTAINED ACHIEVEMENT)

Ipoh, Rabu: 23.3.11 / 18 Rabiul Akhir 1432

Keputusan SPM 2010 diumumkan pagi tadi. SMK St. Michael, Ipoh (SMI) berjaya menghadirkan seorang calon semua A+ yang tidak dapat dilakukan apabila sistem gred baharu SPM diperkenalkan tahun lepas. Dalam pada itu, SMI masih mengekalkan pencapaian lebih daripada 90% lulus tahun demi tahun.

Pelajar terbaik SMI ialah Kuhan a/l Olakanathan dari 5S1 yang memiliki pencapaian yang konsisten sejak tingkatan 4 lagi. Selain akademik, Kuhan juga menunjukkan daya kepimpinan dan pencapaian kokurikulum yang juga cemerlang. Terdapat banyak calon lain yang mencatat semua A, cuma terdapat A atau A-, iaitu yang disebut sebagai calon near miss.

Aizuddin V3, Hafiz S4, Shafiq V1, Taufik S3 menunjukkan fail yang mengandungi slip keputusan

Sementara itu, anak beberapa orang guru SMI juga mencatat keputusan semua A, iaitu anak-anak Puan Usha Rani, Puan Lee Seok Chean dan Puan Chandrika. Syabas kepada ibu-ibu cemerlang sekalian.

Michaelian yang memperoleh keputusan selain cemerlang tidak perlu berasa kecewa. Perjalanan hidup kalian masih jauh. Masih banyak laluan untuk menempa kejayaan...

2 comments:

  1. Encik, Apa result full SMI??? Berapa students dapat semua A??? Berapa passing rate??? Dan apa ranking St. Michaels daripada semua sekolah di Perak, dan di Malaysia??? tolong posting sebab susah nak cari info tentang ini kat internet... Terima kasih... :-)

    ReplyDelete
  2. terima kasih justin

    ranking SMI dalam Kinta Utara 30+

    Peringkat negeri / kebangsaan jika ada maklumat akan dimaklumi kemudian

    dari segi penarafan sekolah, smi pada kedudukan 389 daripada 2,000+ sekolah di seluruh negara.

    peratus tahun ini 90.4 (-3.4), perician belum dikeluarkan...

    ReplyDelete