TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Monday, February 24, 2014

KEPUTUSAN STPM PENGGAL 1 CATAT PENINGKATAN (THE CHALLANGE OF REBRANDING PRE-UNIVERSITY STUDY)

Ipoh, 24/2/14 = 24 Rabiul Akhir 1435

Calon STPM sistem modular kohort kedua SMK St. Michael, Ipoh (SMI) membuktikan bahawa kecemerlangan pencapaian bukan bergantung kepada sistem pentaksiran semata-mata, tetapi dengan kebijaksanaan dalam pembelajaran. Sistem penggal memerlukan tahap keberkesanan dan kecekapan yang tinggi dalam proses pembelajaran dan persediaan peperiksaan. Pagi tadi, dalam satu majlis ringkas, pelajar cemerlang STPM Penggal 1 yang mencatat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas dianugerahkan sijil kepujian.

Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Tan Cheng Choo
memerhatikan pengetua, Puan Loh Wei Seng
bersalaman dengan Christina Wong, UA1

SMI mencatat 99 peratus lulus dalam STPM berkenaan, suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Walaupun bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.0 hanya seorang, pada penggal  2 dan 3 dijangka mencatat jumlah yang lebih banyak calon sedemikian, terutama daripada jurusan sains. Gred near miss seperti A- dalam kertas sukar seperti Matematik T akan cuba diubah kepada A, sama ada menerusi peperiksaan ulangan, atau pencapaian keseluruhan ketiga-tiga penggal kelak. Analisis SWOT dan program kecemerlangan yang telah dirancang akan diberi perhatian secara tuntas.
Pengetua mengucapkan tahniah kepada 
Khong Wei Hung, UA1, yang beroleh PNGK 4.0

Pelajar terbaik (gambar di atas) memperoleh gred A dalam kertas Pengajian Am, Ekonomi, Matematik M dan Pengajian Perniagaan. Ketua Editor majalah The Michaelian edisi 2013, Christina See-Kei Wong merekodkan PNGK 3.92 (A: Pengajian Am, Ekonomi, Pengajian Perniagaan; A-: Sejarah). Ketua Pelajar, Ho Joo Hin, US4, memperoleh 3A dan 1B+, serta muncul sebagai salah seorang calon STPM terbaik jurusan sains di SMI ...

No comments:

Post a Comment