TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Monday, May 5, 2014

LEBIH 200 ORANG PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI SMI MENDAFTAR DIRI (CHOOSING THE BRIGHT FUTURE)

Ipoh, Isnin: 5/5/14 = 5 Rejab 1435

Pengajian prauniversiti tingkatan enam masih merupakan laluan utama kemasukan pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa. Di sebalik saingan sengit pengajian matrikulasi, asasi sains, foundation, A Level, baccalaureate, serta kursus diploma politeknik, kolej GLC dan swasta, pengajian prauniversiti tingkatan enam masih mendapat sambutan. SMK St. Michael, Ipoh (SMI) menerima kemasukan kira-kira 210 orang pelajar baharu daripada sejumlah 549 tempat yang ditawarkan. 
Selain lulusan SPM 2013 daripada SMI sendiri, bekas pelajar Main Convent, Sam Tet, Jalan Pasir Puteh, Bainun, Aminuddin Baki Chemor, dan Mohd. Taib Chemor juga datang mendaftar. Pelajar yang sedang mengikuti program latihan khidmat negara (PLKN) diberi penangguhan khas. Terdapat juga sejumlah pelajar yang masih menunggu keputusan permohonan rayuan.
Proses pendaftaran dibantu oleh Majlis Pelajar Tingkatan Enam yang diketuai oleh Mohamad Syafil bin Abdul Razak (UA1) dan Alicia Chong. Mereka diselia oleh penyelia (moderator) tingkatan enam rendah, Puan Zaleha. Sebahagian pelajar baharu ditemani oleh ibu bapa masing-masing.
Program minggu suai kenal dipenuhi dengan taklimat dan lawatan ke sekitar kawasan sekolah. Pelajar baharu juga menerima penjelasan tentang pemilihan pakej mata pelajaran, permohonan tukar jurusan dan permohonan tukar sekolah. Penegasan tentang pelaksanaan sistem modular dan pentaksiran kerja kursus juga disampaikan dengan terperinci.
SMI mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu prauniversiti tingkatan enam rendah. Pelajar hendaklah mengekalkan momentum kecemerlangan akademik, kepimpinan, kemahiran insaniah, jati diri dan disiplin supaya berupaya menempuh cabaran  pembelajaran prauniversiti. Motivasi kejayaan perlu lebih diutamakan daripada cerita yang boleh menjejaskan semangat juang yang masih berkobar-kobar ...

2 comments:

  1. sir. saye pelajar baru 2014 lower 6 sy ambik pakej sej pa,ekonomi,muet, and bm.Ape bidang yang boleh sy ambil apebile sy menjejaki ke universiti?

    ReplyDelete
  2. banyak, misalnya undang-undang, pengajian bahasa, komunikasi, psikologi, antropologi dan sosiologi, sejarah, sains politik dan pelbagai kursus sastera gunaan.

    ReplyDelete