TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Thursday, March 31, 2011

SMI MARA KE PENTAS AKHIR BAHAS ALA PARLIMEN (PARLIAMENTARY DEBATE: MICHAELIANS VS CONVENT)

Persediaan hujah dialektik membantu pasukan bahas ala parlimen SMK St Michael, Ipoh (SMI) mara ke peringkat akhir zon 2 Kinta Utara. Kejayaan ini mengulangi pencapaian tahun 2009 apabila ketika itu muncul sebagai naib johan setelah tewas tipis di tangan SMK Anderson. Namun, kali ini lawan yang bakal dihadapi ialah pasukan feminin dari jiran yang agak dekat, iaitu SMK Main Convent.
pasukan Convent yang bakal ditemui di pentas akhir

Dalam laluan ke peringkat akhir, SMI berjaya mengungguli saingan hebat oleh SMK Perempuan Methodist (MGS) bagi menebus kehampaan terhadap lawan yang sama tahun lalu. MGS ialah naib johan edisi 2010. Sementara itu, Convent pula menafikan peluang Anderson untuk mengekalkan kejuaraan buat tiga tahun berturut-turut.
ketua pembangkang dari MGS sedang berhujah

Usul saingan peringkat akhir pada hari Isnin, 4 April ini berbunyi "Pencapaian Akademik Penentu Kejayaan". Jika pada pusingan awal dan separuh akhir, peranan sebagai kerajaan dan pembangkang diundi lebih awal, kali ini undian hanya dibuat sejam sebelum pertandingan. Kedua-dua pasukan akan dikuarantin tanpa akses kepada sebarang bantuan guru atau media lain...

3 comments:

  1. Mana ada kelebihan psikologi , cikgu ? Kami macam biasa saja , cikgu .

    ~ Dhesegaan

    ReplyDelete
  2. Sejak beberapa tahun ini,kami batch sekarang ini telah membuat satu anjakan paradigma dalam usaha untuk meraih kejayaan dalam prtandingan yng disertai.Saya berharap dengan ketiadaan kami SMI terus bangkit untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi.

    Shahrulreza Roslan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringkat yang tertinggi ialah kemaraan SMI ke peringkat sarwajagat dunia.

      Delete