TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Monday, April 4, 2011

SMI NAIB JUARA BAHAS (CLOSE BATTLE AT THE STAGE)

Ipoh, Isnin: 4/4/11 = 30 Rabiul Akhir 1432

Kepetahan ketika berhujah dan membuat bidasan oleh ketiga-tiga pembahas ala-parlimen SMK St. Michael, Ipoh (SMI) belum menjadi faktor kritikal bagi mengungguli saingan akhir yang memihak kepada pasukan jiran, SMK Main Convent. Dengan itu, pasukan Convent bakal mewakili Zon 2 Kinta Utara ke pertandingan akhir peringkat daerah pada 13 dan 14 April ini di SMK Tanjung Rambutan. Pencapaian sebagai naib juara kali ini ialah ulangan edisi 2009 yang menyaksikan SMI dinafikan oleh Anderson di pentas lawan.
hakim beri tumpuan

Seperti biasa dalam pertandingan yang bersifat "subjektif" seperti bahas ala-parlimen akan timbul pelbagai andaian tentang keputusan yang dimuktamadkan oleh hakim. Namun, barang diingat bahawa pihak hakim telah melaksanakan tugas mereka berdasarkan peraturan yang ditaklimatkan sendiri oleh pihak penganjur, iaitu SMI. Ketiga-tiga hakim pertandingan akhir memiliki pengalaman hingga ke peringkat kebangsaan.
Ketua bahas SMI, Dhesegaan sedang berhujah sambil diperhatikan oleh Darwis dan Chan

Usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan (Convent) berbunyi "Kelayakan Akademik Penentu Kejayaan". Dalam teori modal insan, pendidikan menyumbang peningkatan berganda terhadap pendapatan negara hingga mewujudkan perbakian (residual). Namun, kelayakan akademik akan mengalami proses keusangan (obselete), dan modal insan harus diperbaharui dengan sikap positif untuk melakukan proses pembelajaran semula, latihan semula dan penambahbaikan sepanjang tempoh kerjaya masing-masing...

1 comment:

  1. Terima kasih kepada Cikgu Azhar , Cikgu Sidik , Mr.Rajan , Pn.Saimah dan Pn.Harlina kerana membantu dan menyokong kami sehingga kami dapat mencapai kejayaan pada hari ini . Terima kasih kepada Puan Agila juga kerana menjadi penyokong setia kami .

    ~ Dhesegaan

    ReplyDelete