TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Thursday, March 22, 2012

DEBAT ALA PARLIMEN: SMI MUNCUL JOHAN ATASI ANDERSON (SWEET "REVENGE")

Ipoh, Khamis: 22.3.12 / 29 Rabiul Akhir 1433

Beberapa tahun belakangan, SMK St. Michael, Ipoh (SMI) memang dilihat lebih unggul daripada SMK Anderson, Ipoh dalam pertandingan bahas ala parlimen, tetapi panel hakim mempunyai pandangan yang berlainan. SMI pernah tewas di pentas akhir di gelanggang tuan rumah dengan keputusan 1-2. Ketua hakim pertandingan ketika itu memberi alasan teknikaliti dan potensi untuk mewajarkan kemenangan Anderson yang hanya menampilkan pembahas yang terang-terangan lebih banyak membaca teks yang disediakan daripada bercakap secara impromtu.

Akhirnya, petang tadi, bertempat di SMK Perempuan Methodist, Ipoh (MGS), SMI berjaya melunaskan "dendam" sekian lama apabila Anderson terpaksa akur dengan kehebatan SMI yang sememangnya memiliki kelebihan dari segi kepetahan menyampaikan idea. Aspek potensi dan teknikaliti boleh digilap berbanding dengan kebolehan menyampaikan idea secara bersahaja. Barangkali para hakim telah membuat keputusan yang lebih holistik dan seimbang.

Kepada pasukan debat ala parlimen SMI, setinggi-tinggi syabas dan tahniah. Jika berpeluang menyertai saingan lebih tinggi di peringkat daerah dan negeri, ayuh buktikan sesuatu. Kalian mampu menambah koleksi hadiah sempena sambutan 100 tahun penubuhan sekolah...

1 comment:

  1. Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan untuk menyertai bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete