TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Monday, January 30, 2012

PASUKAN HOKI SMI CATAT KEMENANGAN SULUNG (BRAVO MICHAELIANS)

Ipoh, Isnin: 30/1/12 = 6 Rabiul Awal 1433

SMI menewaskan SMK Buntong 2-0 petang tadi. Kedua-dua gol dijaringkan dalam separuh masa pertama oleh Kisdave Singh dan Aspal Singh. Namun, satu lagi jaringan dalam separuh masa kedua dibatalkan kerana pengadil berpendapat bahawa pukulan yang dilakukan berbahaya.

Dengan itu, SMI layak ke pusingan kedua. Kebanyakan pemain SMI ialah murid tingkatan 3 dan 4. Berdasarkan corak permainan yang dipersembahkan, pasukan yang sama boleh membawa cabaran yang lebih hebat pada tahun hadapan. Program pembangunan yang dirancang oleh pengurusan pasukan, dengan kerjasama PIBG menampakkan hasil yang membanggakan.

Esok, pukul 3.30 petang SMI bakal bertemu SMK Sungai Pari untuk penentuan juara kumpulan D. Pada sebelah pagi tadi, Sungai Pari telah menewaskan SMK Buntong dengan keputusan 3-0. Kedua-dua jurulatih SMK Buntong dan SMK Sungai Pari yang ditemui menyifatkan SMI dan Sungai Pari memiliki peluang kemenangan yang sama banyak, iaitu 50-50.

Perlawanan akan berlangsung di tempat yang sama, iaitu Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, iaitu padang hoki terbaik negara dan ketiga terbaik dunia. Banyak sekali perlawanan antarabangsa berlangsung di situ. Penyokong SMI diminta turun beramai-ramai bagi memberi sokongan moral kepada pasukan sekolah...

No comments:

Post a Comment