TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, January 31, 2012

HOKI SMI BUAT PERHITUNGAN DENGAN STAR (THE UNBEATEN MICHAELIANS )

Ipoh, Selasa: 31.1.12 / 8 Rabiul Awal 1433

SMI berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan awal kumpulan D kejohanan hoki sekolah-sekolah daerah Kinta apabila seri 1-1 dengan SMK Sungai Pari petang tadi. Namun, berbekalkan kelebihan satu gol, SMK Sungai Pari muncul sebagai juara kumpulan. SMI yang harus berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua akan kembali meneruskan perjuangan di padang 2, Stadium Hoki Azlan Shah 10.50 pagi esok.
Cikgu Adi Yusry, Cikgu Veeriah dan jurulatih, YM Raja Munawar Shah

Pasukan yang bakal dihadapi ialah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (Star), salah satu pasukan pilihan kejohanan selain Anderson dan ACS. SMI telah biasa bertemu dengan Star sebelum ini dan peluang bagi kedua-dua pasukan boleh dikatakan seimbang. SMI pernah beberapa kali menewaskan Star dan beberapa kali juga ditewaskan oleh pasukan yang sama.
Pada pertemuan dengan Sungai Pari sebentar tadi, jelas bahawa faktor kecergasan masih menghantui para pemain SMI. Dalam babak pertama, SMI bertindak garang dengan serangan bertubi-tubi ke kawasan D Sungai Pari. Akhirnya, pada minit ke-16 setelah pukulan sudut penalti diberikan tiga kali berturut-turut, Sameet Raj Singh berjaya menyudahkan tolakan set piece yang singgah tepat di kayu hoki miliknya.

Skrip perlawanan berubah secara tuntas dalam separuh masa kedua. Kecuali dua peluang yang terhidang menerusi tolakan sudut penalti dan gerakan padang yang cantik, Sungai Pari menguasai keseluruhan kawalan bola. SMI sudah "habis angin" setelah mengerah tenaga dalam babak pertama.
Hasil dua pukulan sudut penalti berturut-turut, Sungai Pari berjaya menemui sentuhan penyudah. SMI boleh dikira bernasib baik kerana jentera serangan Sungai Pari sangat tumpul kerana pemain mereka lebih banyak memukul angin daripada menolak bola. Kedudukan kekal 1-1 hingga tamat permainan.

No comments:

Post a Comment