TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI LAMAN INI

Maklum balas dialu-alukan. Sila klik pada comment.

Atau e-mel: amrinajr@gmail.com

(sila klik foto dalam setiap masukan untuk paparan skrin penuh)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Minal 'a 'idin wal fa idhin

Kullu am wa antum bi khair

Maaf Zahir dan Batin

Sunday, January 8, 2012

HADIAH AWAL SAMBUTAN 100 TAHUN SMI (THE CONTINUITY OF EXCELLENCE MICHAELIANS)

Perayaan ulang tahun penubuhan SMK St. Michael, Ipoh (SMI) bermula dengan berita gembira. Kohort tingkatan 3 tahun 2011 telah mencatat keputusan PMR yang dapat dibanggakan. Moga momentum kecemerlangan itu akan berterusan.
59 orang calon cemerlang PMR (semua A) bersama pengetua
 dan penolong kanan SMI
klik foto untuk paparan penuh


Cabaran yang dihadapi bagi melonjakkan pencapaian akademik di SMI bukan sekadar meningkatkan peratus  lulus dalam peperiksaan awam, atau mengecilkan nilai gred purata sekolah (GPS), tetapi bagi memastikan bahawa prinsip pendemokrasian pendidikan, iaitu pendidikan bermutu untuk semua murid, sentiasa terlaksana. Tiada murid akan disisihkan atas faktor latar belakang atau kedudukan sosioekonomi mereka. Murid dalam kategori kurang beruntung akan terus menikmati pengalaman pembelajaran yang terbaik.

Slogan (cater forthe last, the least, the lost menjadi bukti betapa SMI begitu serius bagi menentukan aksesibiliti dan ekuiti dalam pendidikan dinikmati oleh semua murid, tanpa kecuali. Program kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah secara teragih ialah usaha yang berterusan dalam proses menjana modal insan minda kelas pertama di SMI. Sejarah kejayaan 100 tahun penubuhan SMI diharapkan menjadi inspirasi kepada warga SMI semasa untuk terus melonjak di persada kecemerlangan...

No comments:

Post a Comment